Ibu, Di Mana Nilai Kekayaan?
"Kalau ayah balik lewat malam macam ni lagi, Afif dah tak nak sekolah!..."
Antara rintihan seorang anak yang pernah dikongsikan oleh bapanya kepada saya. Anaknya memberi kata dua, kerana rutin harian, beliau tiba di rumah sekitar jam 10.00 malam iaitu ketika anaknya telahpun tidur. Hm.... tekanan kerjaya terutamanya di Kuala Lumpur, menyebabkan ramai ibubapa terpaksa mengorbankan keluarga demi kerjaya.
"Kalau ayah balik lewat malam macam ni lagi, Afif dah tak nak sekolah!..."
Antara rintihan seorang anak yang pernah dikongsikan oleh bapanya kepada saya. Anaknya memberi kata dua, kerana rutin harian, beliau tiba di rumah sekitar jam 10.00 malam iaitu ketika anaknya telahpun tidur. Hm.... tekanan kerjaya terutamanya di Kuala Lumpur, menyebabkan ramai ibubapa terpaksa mengorbankan keluarga demi kerjaya.
Tapi, kisah kali ini ialah konflik kerjaya seorang ibu, yang meminta pandangan saya disamping pandangan sahabat-sahabatnya yang lain untuk membuat keputusan penting demi hidup bahagia bersama keluarga. (Kesinambungan artikel “Kasih Sayang Jangan Diswastakan”) Tukar Kerjaya Kerana Keluarga“, akak dah dapat offer jadi guru, dan akak dah terima offer tu… tapi kenapa akak rasa amat berat tinggalkan kerjaya akak sekarang? Betulkah keputusan yang akak buat ni?” – Kak Ros Fikirkan Tiga Pihak“ Akak dah resign ker? Kenapa rasa berat? Akak tak berminat jadi guru ker? Mungkin ada baiknya akak listkan kerisauan tu, kemudian bincang dengan suami. Umumnya, cikgu biasanya ada lebih masa untuk anak-anak dan rumahtangga. Supaya duit yang kita cari benar-benar dapat dimanfaatkan untuk hidup bahagia bersama keluarga. saya rasa, akak kena fikir manfaat untuk tiga pihak. Pertamanya, diri sendiri – kepuasan kerjaya. Kedua, anak-anak – perhatian dan kasih sayang secukupnya. Ketiga, suami – rumahtangga yang terurus dan harmoni. Kalau kerja baru ini akan beri manfaat untuk ketiga-tiga pihak ni, why not akak bertukar kerja?” -Kepentingan Diri vs Anak-anak “Akak dah hantar surat resign tapi boss pending 1 week untuk fikir semula sebab dia nampak akak tak confident dengan decision yang akak ambik. Akak minat kedua-dua kerjaya. Kalau nak fikir dari segi manfaat diri, akak lebih prefer kerja sekarang sebab separuh dari gaji akak sekarang hilang bila jadi guru tapi dalam bab anak, akak akan punya banyak masa dengan dia. Suami pulak, dulu membangkang kalau akak nak jadi guru tapi entah kenapa sebulan dua ni dia galakkan pulak… saya rasa apa masalah akak sebenarnya?” – Kak Ros Di Mana Nilai Kekayaan?“ saya rasa, masalah sebenarnya pada duit. May be akak kena nilai balik, berbaloi tak manfaat yang dapat dengan kehilangan separuh gaji. Duit penting, keluarga pun penting. Keceriaan, gelak-tawa, senyuman anak-anak juga adalah kekayaan. Senangnya hati suami bila disambut kepulangannya juga mahal harganya. Duit yang kita cari sebenarnya untuk kebahagiaan mereka semua. Tapi kalau ekonomi keluarga terjejas teruk disebabkan tukar kerja, ada baiknya akak stay dulu. Dan satu lagi kena ingat, kalau kerja baru tu akan menghilangkan ceria akak, ia juga akan beri kesan langsung pada anak-anak dan suami. Kerana, orang yang tak seronok dalam kerja, dia juga tak seronok dalam hidup.” - “Terima kasih atas nasihat. Akak akan pertimbangkan segala aspek yang cakapkan. Akak rasa dah nampak jalan sedikit” – Kak Ros Rohani dan Jasmani, Kedua-duanya Ada Keperluan“Alhamdulillah… carilah kata sepakat bersama suami tercinta... InsyaAllah, hidup akak lebih bahagia bersama keluarga. (“,) Nasihat saya, pertimbangkan banyak aspek. Bila dapat hidup bahagia dalam berkeluarga, rumah kita akan jadi ‘markaz dakwah’. Jadi guru, tak semestinya pilihan terbaik untuk akak. saya risau kalau gaji hilang separuh, ekonomi keluarga akak terjejas teruk. Takut untung secupak, rugi segantang.Akak mesti ambik kira ekonomi tu sebab kita dan keluarga tetap perlukan makan dan pakai selagi hidup. Kita ada roh, kita juga ada jasad. Kedua-duanya ada keperluan yang perlu dipenuhi.” - Papa dan Mama, atau “Uncle” dan “Auntie”? Antara sms saya dengan Kak Ros (bukan nama sebenar). Kak Ros seorang Eksekutif seperti saya. Beliau sedang mencari jalan terbaik untuk beri perhatian yang lebih terhadap anak-anak dan rumahtangga. Menjadi guru yang bekerja separuh hari, salah satu alternatif yang sedang dipertimbangkannya.Sebagai Eksekutif seperti saya, tentunya beliau bekerja dari awal pagi hingga lewat petang. Rutin harian, saya biasanya tiba di rumah menjelang maghrib. Ketika ‘peak period’, adakalanya menjelang isya’ baru sampai rumah.Nasib baik, anak-anak saya masih ada mamanya. Kalaulah mamanya juga bekerja seperti saya, mungkin kami boleh dianggap sebagai “uncle” dan “auntie” bagi tiga anak kami yang masih kecil, yang amat memerlukan perhatian ayah dan ibu, lebih-lebih lagi perhatian seorang ibu. Wallahu ‘alam.
Doa saya, moga Allah memberikan jalan terbaik untuk Kak Ros merialisasikan niat murni tersebut, insyaallah.


No comments:
Post a Comment