Thursday, April 5, 2012

Jus Monavie

Distributor Berdaftar Monavie

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi website ini. Disebabkan oleh gaya hidup zaman ini yang cukup stress dan tidak mempunyai masa, di tambah lagi dengan pencemaran alam sekitar yang sukar dikawal maka ramai di antara kita sukar untuk mengawal pemakanan seimbang. Kini penyakit-penyakit seperti Kanser, Sakit Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis seolah-olah penyakit wajib dimiliki oleh semua orang disebabkan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Kini saya ingin memperkenalkan minuman kesihatan yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan disahkan oleh 10 doktor terpakar di dunia! memperkenalkan....
Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.
Kesan-kesan pemulihan semulajadinya telah banyak terbukti dan diperkatakan melalui testimoni-testimoni seluruh dunia dan kini Monavie mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi bersama akan khasiat dan kehebatannya.
Berikut adalah kandungan Jus Monavie serta khasiat-khasiatnya:
Jus MonaVie adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurang dan menyahkan radikal-radikal bebas dari dalam badan kita.
Di samping itu, ia juga membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimun untuk badan kita.
Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus Monavie setelah mula meminumnya.
Dengarlah sendiri rakaman video mereka yang telah menggunakan Jus Monavie. Mana mungkin kami dapat menokok tambah kata-kata mereka yang benar-benar berpuas-hati dengan hasilnya.



Dr. Nicholas Perricone, MD, FACN, adalah dermatologist yang diiktiraf oleh badan klinikal dan kajian dermatologist dan CEO kepada syarikat NV Perricone MD, Ltd, syarikat pembuatan dan peruncit barangan penjagaan untuk kulit dan makanan kesihatan. Beliau dalam bukunya menggambarkan MonaVie sebagai makanan paling berkhasiat dan bertenaga di dunia. Pati buah bertenaga paling sempurna dan semulajadi.

Dr. Penny Kris-Etherton, PhD, RD, bertugas di fakulti Pennsylvania State University, dan telah dilantik sebagai Distinguished Professor of Nutrition di Pennsylvania State University sejak 1996. Beliau berkata,"Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada MonaVie Scientific Advisory Board. Saya percaya MonaVie telah dan akan terus berusaha untuk menetapkan sasaran dalam industri minuman kesihatan dunia".



Friday, March 30, 2012

video kesukaan anak-anak...

anak sulung wm amsyar suka sangat dengar video nih, selalu dengar thru hp ummi @ abah dia...

update blog...

sudah terlalu lama tak buka blog nih... banyak yg tak update...
ye la skrg dah ada fb so blog nih dah terlalu jauh nak dibuka...

insyaallah dalam masa terdekat nih saya akan kembali meng aktifkan blog nih ....
moga dapat kekuatan nak menaip n moga dipermudahkan pembahagian masa menaip...

tqvm..
@ampang 11.11 pagi

Monday, June 15, 2009

Opisku Dipecah Masuk...

Opisku dipecah masuk!!

Assalamualaikum

macam-macam perkara terjadi di opis lately. dengan ke'tensen'an disebabkan oleh kerja yg makin menimbun. hmm macam-macam kan?

skrg ni..pagi td masuk opis..opisku tak rupa selalu.. kena ransacked! jap ye den upload a few pictures dr tempat kejadian

ini gbr kt meja Pn Accountant... nmpk cm normal kan? actually dr laci 1st itu RM350 dah diamiknya, huh!! pagi2 kena sound dengan bos sbb tinggalkn duit dalam meja..

bilik paling teruk kena 'ambush' bilik bos la kan... almaklum harta dalam tu paling mahal tuh. Kehilangan Projector opisku yang bernilai almost RM 4,000

haaa.. ini mejaku... Yang hilang dari meja ini kamera digital Canon.. huish kayo pakcik pencurik kan. Ini kira kurang skit sepahnya sbb kawe dah kemaskan meja..


ini gbr meja Puan Sorina. Benda yang hilang? Alaaa yang wireless punye alat tuh. Tanya kt member yang supply menda tuh harganya dlm RM 120 mahal tuh. Actually CPU meja dia nih ditemui di sofa opis tapi mungkin mende alah tu berat so sang pencuri tak larat nak bawanya turun ke bawah. Ye lah depa panjat ikut tingkap belakang..

benda lain yang hilang:

cash money dr laci meja HR Mgr RM 420 together with 1 cash cheque yang berjumlah RM 700. Ikut kata pak polis kalu sang pencurik itu cuba 'cash' kan cheque itu, bermakna sang pencurik bukanlah seorang yg bijak sbb dia serahkan tengkok pada pihak polis. Pihak bank telah dimaklumkan mengnai cek nomot yang telah di copet itu..

Sempat gak la aku melihat pak polisi mengambil gambar dan cuba mencari kesan cap jari pd tingkap yg mereka pecah masuk itu. Dimaklumkan bahawa.. cap jari boleh hilang apabila kena haba. Meaning jika dh kering tempat itu maka cap jari itu kemungkinan besar akan hilang juga. Dalam siri CSI tak hilang cap jari walau bertahun kan? Penipu je tuh.. Itu kata pak polisi la..

Muka bos? kelam kelabu..dah la ada meeting penting pagi ini.. kesian bosku.

Sekian makluman dari saya. Hehe akan ku khabarkan maklumat seterusnya nanti

Selamat bekerja pada hari senin sumer. Assalamualaikum

Thursday, April 2, 2009

Ayah Cemerlang..

ﺍTujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-


Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenalpasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.


Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:-
i) hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);
ii) sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);
iii) kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin;
iv) sentiasa menjaga moral dan adab sopan;
v) mempunyai atur cara kehidupan teratur;
vi) ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.


Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.


Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amalan harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
-->> renung²kan dan selamat beramal.

Wednesday, July 23, 2008

Masalah dan Cabaran Dalam Mendidik Anak

"Kalau seorang anak sahaja yang menimbulkan masalah, tak mengapalah. Ini kedua-duanya menimbulkan masalah. Mesti saya seorang ibu yang teruk!" rintih seorang ibu muda mengenai masalah yang dihadapi, mengenai anak-anaknya.

Pernahkah anda mengalami perasaan seperti luahan di atas?
Satu perkara yang perlu difahami, jika seorang ibu menghadapi masalah dalam membesarkan anak-anak, adakah itu petanda dia seorang ibu yang teruk? Adakah seorang ibu yang baik, bermaksud seorang yang tidak dilanda cabaran dalam membesarkan anak-anaknya? Sebenarnya kita perlu faham apakah peranan masalah dan cabaran dalam hidup kita. Mengapa kita perlu didatangi cabaran dan masalah? Mengapa hidup tidak boleh menajdi mudah dan tanpa masalah?

Kita dibesarkan dengan satu tanggapan bahawa bila didatangi masalah atau cabaran, itu adalah petanda buruk. Kita melihat masalah dan cabaran sebagai sesuatu yang amat digeruni. Tetapi sebenarnya sekiranya kita faham peranan kedua-dua ini di dalam hidup kita, itulah jawapan yang boleh menjadikan kita hidup tenang.

Masalah dan cabaran adalah guru kepada kita. Ia datang untuk kita mendapat sesuatu ilmu dan kesedaran. Memang kita boleh mendapat ilmu daripada pembacaan, perbincangan dan yang sepertinya, namum, ilmu yang datang daripada masalah dan cabaran akan menyingkap rahsia siapakah kita di muka bumi ini.

Membersihkan hati
Dengan kata lain, setiap dimensi diri kita akan bertumbuh. Yang dimaksudkan dengan dimensi diri, ialah diri fizikal, intelek, emosi dan spritual. Pertumbuhan ini meningkatkan FQ, IQ, EQ dan SQ kita. Itulah maksudnya, firman Allah yang mengingatkan kita bahawa, "Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya. " (sebahagian ayat 286 dari surah Al-Bawarah) Memahami akan maksud ayat ini, kita boleh berlampang dada kerana ini adalah satu jaminan bahawa segala cabaran dan masalah yang datang kepada kita walaupun nampak dan rasa amat hebat dan besar, ia sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita untuk menanganinya.

Apabila kita berjaya menanganinya, maka kita akan lihat diri kita menjadi lebih matang, bijaksana dan berhati mulia. Inilah rahsia mengapa masalah dan cabaran wujud di dalam hidup kita. Dari segi diri fizikal, ia menjadikan hidup kita lebih bermatlamat. Contohnya, kita lebih menghargai tubuh kerana inilah satu-satunya tubuh yang menjadi kenderaan kita beroperasi di dalam dunia material ini. Dari segi diri intelek pula, kita mendai kaya ilmu, lebih matang dan berfikiran luas. Dari segi diri emosi pula, kita menjadi lebih perihatin akan perasaan orang lain. Hati kita mudah berasa kasih dan sayang kepada setiap ciptaan Allah.

Masalah dan cabaran, membersihkan hati kita daripada sifat keangkuhan. Dari segi diri spritual pula, kita menginsafi bahawa setiap apa yang kononnya kita miliki sebenarnya adalah kepunyaan Illahi. Kita tidak terbelenggu dengan ego kita yang hanya mahu melakukan sesuatu perkara untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Pertumbuhan diri spritual kita membolehkan kita mempunyai kekuatan sebenar kerana niat mengapa kita mahu melakukan sesuatu, apa sekalipun, adalah untuk kebaikan semua ciptaan Allah. Di sinilah kita menunaikan tujuan ciptaan kita iaitu untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini, di mana kita membawa perbezaan di dunia ini.

Kerendahan hati
Kembali kepada isu kita mengenai anak-anak yang menimbulkan masalah. Ingatlah, pada hari anak itu dilahirkan sehinggalah nyawa bercerai daripada badan, kita ketap akan menemui masalah dan cabaran di dalam mendidik dan membesarkan anak. Jika tidak, masakan Allah memberi yang besar kepada ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak.

Seorang bakal ayah telah bertanya yang maksud soalannya lebih kurang begini, "Bagaimana saya boleh menyediakan diri untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak saya?" Tidak ramai bakal ayah yang mempunyai sikap ingin tahu untuk menyediakan diri menjadi ayah kerana kurangnya kesedaran tentang ilmu-ilmu rumahtangga dan keibubapaan dan mempunyai kerendahan hati untuk bertanya demi kepentingan anak-anaknya.

Bakal-bakal ayah dan meraka yang telah mendai ayah, ketahuilah bahawa sebelum seseorang isteri itu mengandung, anak itu telah dikandungi dahulu dalam Alamul Sulbi. Seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)." (Surah al-A'raaf, ayat 172) Sel pembiakan jantan atau sperma yang menang dan telah bergabung dengan sel pembiakan betina iaitu ovum, bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah suatu yang telah dipilih tanpa kita sedari, sepanjang proses itu berlaku. Sperma yang paling kuat itu adalah sperma yang membawa niat dan amalan yang paling kuat sepanjang pembentukan sperma itu. Jika niat dan amalan seorang suami itu baik, maka, sperma yang paling baik, yang akan menjadi anak yang solehlah yang telah menang. Jika di sebaliknya, seseorang suami itu tidak menunaikan tanggungjawap dan melakukan masiat dan fasik, maka perbuatan ini amatlah mempengaruhi sperma yang bakal menang. Tidak ramai yang ketahui, bagaimana sikap seorang suami sebelum anak itu dilahirkan juga sudah mempengaruhi janin yang bakal dikandung oleh isterinya.

Inilah perkara pertama, tanggungjawap sebagai seorang suami dan bakal seorang ayah. Memastikan bahawa anbak yang bakal lahir itu adalah suci dengan menyucikan diri. Seterusnya bila mengeluarkan sel pembiakan, pastikan suami meminta pertolongan dan perlindungan daripada Allah terhadap kejahatan syaitan. Jika saat bersama dengan isteri tiada bacaan doa, maka ketahuilah, syaitan yang akan mendahului! Ini amat jelas di dalam hadis-hadis Nabi SAW di dalam bab ini. Setelah sel pembiakan bergabung dan membentuk zigot, maka hangan sekali putus berdoa kepada Allah, memohon zuriat yang baik. Beristighfar sekiranya bahagian yang pertama dan kedua telah anda abaikan.
Jaga emosi
Ingatlah, terlalu ramai ibu dan bapa sibuk dengan pertumbuhan fizikal sahaja. Pemakanan, keselesaan fizikal ibu dijaga, pergi berjumpa doktor dan sebaginya, namun keperluan dimensi diri yang tiga lagi tidak begitu dipentingkan. Anak-anak kita bukan tubuh badannya sahaja. Dia juga mempunyai empat dimensi diri yang perlu diseimbangkan pertumbuhannya. Maka carilah jalan bagaimana boleh merangsang pertumbuhan intelek anak, sejak daripada dalam rahim ibunya lagi.

Banyak buku yang boleh dibaca, mudah pula didapati di pasaran. Namun, jangan berhenti di situ sahaja. Anak-anak yang pintar bukan hanya kerna otaknya terangsang, tetapi seorang yang seimbang pertumbuhan dirinya. Maka, pastikan pertumbuhan emosi anak itu sihat. Bagaimana caranya? Dengan memastikan si ibu benar-benar dijaga emosinya. Ketahuilah wahai bapa-bapa, pada masa mengandung ini, seorang wanita itu menjadi lebih sensitif hatinya. Mungkin kerana ketidakstabilan hormon di dalam badannya. Jangalah perasaan isteri. Mungkin anda berasa penat, apa lagi jika si isteri mengidam itu dan ini. Ketahuilah, penat yang anda rasa itu mungkin boleh habis setelah anda berehat. Namun, bagi si isteri pula, ia akan berterusan setiap detik sehinggalah setelah melahirkan dan pantang atau mungkin lebih daripada itu, sepanjang proses nak masih dalam penyusuan.

Sekiranya isteri mengidam, itu bukanlah sesuatu yang dibuat-buat, secara saintifiknya telah membuktikan bahawa ibu itu mengidamkan sesuatu yang diperlukan oleh bayi yang dikandung, untuk membesar dengan baik. Terdapat di dalam buah atau makanan yang diddamkan itu, zat-zat yang diperlukan. Namun, tentulah ini semua menpunyai batasannya. Jika yang diidamkan sesuatu yang haram atau yang pelik-pelik (contoh, kiwi kasut ke...), maka tentulah itu tidak datang daripada yang lain, selain daripada hasutan syaitan.

Bila si suami menjaga isteri itu dan isteri itu berasa amat dikasihi, maka banyak endorfin wujud di dalam badan si ibu dab mengalir ke janinnya. Maka janin ini akan medapat banyak tenaga positif untuk pertumbuhan emosi, intelek dan fizikalnya dengan baik. Tekanan emosi atau trauma akan menyebabkan renjatan emosi yang akan menghasilkan banyak kimia yang mempunyai kesan negatif kepada pertumbuhan fizikal, mental, smosional dan spritual janin itu. Anak-anak ini akan lahir dengan pelbagai masalah psikologi.

Kecemerlangan diri. Dari segi spiritual pula, si ayah boleh menyediakan diri untuk mendidik anak yang bakal lahir nanti dengan perkara-perkara yang membantu ana ini menyedari keistimewaan dan keunikkannya. Si ayah boleh bercakap-cakap dengan bayi itu sejak dalam kandungan ibu lagi tentang betapa istimewanya anak ini. Bacakan ayat-ayat al-Quran atau cerita-cerita yang memberi kesan positif. Ya, walaupun anak itu masih di dalam kandungan. Sebenarnya roh anda dan anak itu amat bertaut.

Setelah anak itu lahir, teruskanlah pentarbiahan. Gunakan surah Luqman sebagai cahaya untuk memerangi anda dalam mengetahui yang mana priority dan yang mana tidak. Anak-anak yang rapat dengan ayah mereka terutamanya anak-anak lelaki akan membesar dengan baik. Besar sebenarnya peranan seorang ayah. Mengapa dunia sekarang ini menghadapi banyak masalah terutamanya masalah yang bersabit dengan kanak-kanak, ialah kerana kurang terdapat ayah-ayah yang benar-benar mengambil berat dalam penglibatan diri meraka dalam pendidikan anak-anak. Apa lagi dengan fenomena ibu tinggal yang menjadi satu kebiasaan di zaman sekarang ini.

Sebagai ibu dan bapa, kita perlu ambil berat tentang pendidikan anak-anak dan keibubapaan. Kecemerlangan diri kita amat bergantung rapat dengan kecemerlangan pendidikan asas yang kita terima. Pembangunan modal insan amat berkait rapat enggan hormat diri individu, dan hormat diri (harga diri) ini pula amat berkait rapat dengan EQ-SQ individu itu sendiri.
Hati individu itu perlu penuh dengan kasih-sayang dan merasa dikasihi. Ia akan menjadi merah menyala dan bercahaya. Individu ini melakukan sesuatu di atas sebab yang paling besar maknanya iaitu untuk kepentingan umat sejagat dan seluruh ciptaan Allah SWT. Hati yang penuh kasih sayang ini pula datangnya daripada hati yang telah menerima kasih sayang tanpa syarat daripada ibu dan ayahnya, sejak kewujudannya di dalam rahiim ibunya lagi. Jika dia gagal menerima ini, tidak bermaksud dia tidak boleh berjaya, namun dia akan melalui lebih banyak kesukaran.

Kecemerlangan modal insan datangnya daripada individu-individu yang berhormat diri tinggi, individu yang mempunyai hati yang penuh kasih-sayang, yang membesar dalam keluarga penuh kasih sayang. Kecemerlangan diri dan keibubapaan cemerlang adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan, seperti kata-kata senaman agung Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, "…andai dipisah, lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa…."

Sumber: Dr. Rozieta Shaari, Al Advancement of Human Potential

Tuesday, July 22, 2008

TUMPAHKAN KUAH KE NASI....

Tumpahkan Kuah ke Nasi

Pada pendapat saya (berdasarkan sedikit pengetahuan yang ada), salah seorang samada ibu atau bapa mesti ada lebih masa untuk bersama anak-anak. Sebaik-baiknya ibu la yang kena banyakkan masa bersama anak-anak. Alasannya, supaya kita boleh "menumpahkan kuah ke nasi". Soleh bapa, atau solehahnya ibu tertumpah pada anak-anak. Moga mereka turut menjadi orang yang ‘soleh’ atau ‘solehah’ sebagaimana ibu dan bapanya. Bagi saya, soal “tarbiyyah” dan “kasih-sayang” tak boleh diswastakan. Maksudnya, ia tak boleh dilepaskan kepada orang lain contohnya pusat asuhan kanak-kanak ataupun pembantu rumah. Orang lain boleh menjaga, tetapi tak boleh berikan kasih sayang pada anak-anak kita. Mungkin agak keterlaluan jika mengatakan mereka cuma mahukan duit kita. Tapi itulah yang saya rasa. Isu ini adalah isu yang paling utama yang merisaukan saya. Pembentukkan anak-anak berkait rapat dengan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak, LOVE (kasih-sayang) dieja dengan "T-I-M-E", iaitu masa yang kita berikan untuk mereka. Isu Akhlak dan Agama (Iman) Si Pengasuh Soal “kasih sayang” itu satu hal. Satu lagi isu ialah “akhlak dan agama” si pengasuh. Di KL ni, rasanya agak sukar mendapatkan nuseri yang saya yakin akan akhlak dan agama si pengasuhnya. Ia sangat penting, kerana akhlak dan agama si pengasuh, pastinya sedikit sebanyak tertumpah pada anak-anak kita. Saat Kritikal Mendidik Anak-anak Zaman yang paling baik membentuk anak-anak ialah ketika tapak tangannya lebih kecil dari tapak tangan kita [dipetik dari pesanan ulama, tapi saya lupa namanya], iaitu ketika mereka masih kanak-kanak. Ketika buluh masih boleh dilentur. Masalah yang sering berlaku ialah ibubapa terpaksa bertungkus lumus untuk mengukuhkan ekonomi ketika anak-anak masih kecil. Terpaksa kurangkan perhatian terhadap anak-anak yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bila ekonomi dah kukuh, oh! anak pun dah dewasa (remaja) dan tak memerlukan perhatian kita lagi. Pada ketika tu, masanya sudah agak terlambat untuk mendidik.

Kasih-sayang di Luar Rumah Paling bahaya, anak-anak yang bakal menjengah ke alam dewasa ni mula mencari kasih-sayang di luar rumah. Mereka lebih ‘bahagia’ bersama rakan-rakan, “girlfriend” atau “boyfriend” berbanding bersama ibu dan bapa mereka. Masaalah ni berpunca dari tak lain tak bukan, iaitu gersangnya kasih sayang dalam rumahtangga.Mereka akan terima sesiapa sahaja yang boleh mengisi kekosongan jiwa mereka. Kalau dapat kawan yang baik, alhamdulillah. Tetapi kebanyakkannya merosakkan mereka. Jadi, kita sebagai ibubapa kena usaha supaya anak-anak menjadikan kita sebagai rakan karib mereka terutamanya bila mereka mula menjenguk ke alam dewasa. Ini kerana zaman remaja ialah zaman anak-anak mencari identiti mereka. “Siapa diri mereka”, banyak bergantung kepada “siapa kawan-kawannya”. Sesiapa sahaja yang boleh beri perhatian, itulah kawan-kawan mereka.

Kita semua tak boleh hidup tanpa perhatian dan kasih-sayang, sama seperti kita memerlukan oksigen untuk hidup. Bagi anak-anak kecil, mereka rela dimarahi oleh ibubapa demi mendapatkan perhatian. Mereka akan buat apa sahaja asalkan ibubapa ambil perhatian pada mereka. Sepahkan makanan, sepahkan mainan, baling barang mainan, pukul adik dsb, kerana dengan cara itu, ibubapa pasti beri perhatian pada mereka. (ini dah masuk bab parenting ni...) So, terpulang la pada semua. Apa pun kerjaya tak kisah. Janji kita dapat beri perhatian secukupnya pada anak-anak. Kerjaya sebagai Guru (yang berkerja separuh hari) mungkin kerjaya yang agak sesuai untuk seorang ibu mengimbangi antara tuntutan kerjaya dan rumahtangga. Wallahu 'alam. Mohon maaf, saya bukanlah pandai sangat bab pembentukan
anak-anak ni. Masih kurang ilmu di dada tapi itulah yang saya tahu setakat pembacaan dan pemerhatian. Apapun, kita memang tak mampu membentuk anak-anak sebagaimana yang kita impi jika hanya bergantung pada usaha lahiriah. Namun, ikhtiarlah sebaik mungkin, tetapi semuanya kena berserah kepada Allah. Perbanyakkanlah doa untuk mereka supaya menjadi orang bertaqwa. Berdoalah dengan doa yang Allah ajarkan kepada kita [Al-Furqaan 25: 74] di waktu yang paling mustajab – ketika sujud dalam solat.