Monday, June 15, 2009

Opisku Dipecah Masuk...

Opisku dipecah masuk!!

Assalamualaikum

macam-macam perkara terjadi di opis lately. dengan ke'tensen'an disebabkan oleh kerja yg makin menimbun. hmm macam-macam kan?

skrg ni..pagi td masuk opis..opisku tak rupa selalu.. kena ransacked! jap ye den upload a few pictures dr tempat kejadian

ini gbr kt meja Pn Accountant... nmpk cm normal kan? actually dr laci 1st itu RM350 dah diamiknya, huh!! pagi2 kena sound dengan bos sbb tinggalkn duit dalam meja..

bilik paling teruk kena 'ambush' bilik bos la kan... almaklum harta dalam tu paling mahal tuh. Kehilangan Projector opisku yang bernilai almost RM 4,000

haaa.. ini mejaku... Yang hilang dari meja ini kamera digital Canon.. huish kayo pakcik pencurik kan. Ini kira kurang skit sepahnya sbb kawe dah kemaskan meja..


ini gbr meja Puan Sorina. Benda yang hilang? Alaaa yang wireless punye alat tuh. Tanya kt member yang supply menda tuh harganya dlm RM 120 mahal tuh. Actually CPU meja dia nih ditemui di sofa opis tapi mungkin mende alah tu berat so sang pencuri tak larat nak bawanya turun ke bawah. Ye lah depa panjat ikut tingkap belakang..

benda lain yang hilang:

cash money dr laci meja HR Mgr RM 420 together with 1 cash cheque yang berjumlah RM 700. Ikut kata pak polis kalu sang pencurik itu cuba 'cash' kan cheque itu, bermakna sang pencurik bukanlah seorang yg bijak sbb dia serahkan tengkok pada pihak polis. Pihak bank telah dimaklumkan mengnai cek nomot yang telah di copet itu..

Sempat gak la aku melihat pak polisi mengambil gambar dan cuba mencari kesan cap jari pd tingkap yg mereka pecah masuk itu. Dimaklumkan bahawa.. cap jari boleh hilang apabila kena haba. Meaning jika dh kering tempat itu maka cap jari itu kemungkinan besar akan hilang juga. Dalam siri CSI tak hilang cap jari walau bertahun kan? Penipu je tuh.. Itu kata pak polisi la..

Muka bos? kelam kelabu..dah la ada meeting penting pagi ini.. kesian bosku.

Sekian makluman dari saya. Hehe akan ku khabarkan maklumat seterusnya nanti

Selamat bekerja pada hari senin sumer. Assalamualaikum

Thursday, April 2, 2009

Ayah Cemerlang..

ﺍTujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-


Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenalpasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing. Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.


Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:-
i) hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);
ii) sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);
iii) kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin;
iv) sentiasa menjaga moral dan adab sopan;
v) mempunyai atur cara kehidupan teratur;
vi) ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.


Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.


Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amalan harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
-->> renung²kan dan selamat beramal.